1 Jam Siap – Majlis Bandaraya Shah Alam

1 Jam Siap – Majlis Bandaraya Shah Alam

Dalam tempoh 1 jam, ianya siap.

Jika dahulu, pemohon lesen perniagaan terpaksa menunggu sehingga sebulan untuk mendapatkan lesen perniagaan, tetapi sekarang semuanya akan dilaksanakan dalam tempoh satu jam.

Dimana usaha Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam mempertingkatkan lagi sistem penyampaian mereka. Ianya dengan memperkenalkan pengeluaran lesen perniagaan dalam tempoh satu jam dalam usaha menggalakkan lebih ramai pelabur dan penduduk untuk menjadi usahawan.

Pengeluaran lesen perniagaan dalam tempoh satu jam adalah inisiatif berterusan pihak MBSA yang sentiasa berusaha untuk memudahkan dan mempercepatkan proses kerja bagi memberi keselesaan kepada orang ramai.

Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan sudah mula melaksanakan pengeluaran lesen dalam tempoh satu jam berkuat kuasa 1 Oktober lalu.