120 Atlet Paralimpik Sasar 57 Emas Temasya Sukan Para Asean

120 Atlet Paralimpik Sasar 57 Emas Temasya Sukan Para Asean

Seramai 120 atlet paralimpik negara meletakkan sasaran 57 pingat emas pada temasya Sukan Para Asean yang akan berlangsung di Solo (Surakarta), Indonesia dari 12 hingga 22 Disember 2011.

Pada edisi kelima di Kuala Lumpur pada 2009,

Malaysia menjadi naib johan keseluruhan dengan memperoleh 94 pingat emas, 81 perak dan 71 gangsa, di belakang Thailand yang mengumpul 157 pingat emas, 75 perak dan 57 gangsa.

Untuk kejohanan kali ini, Malaysia akan menyertai 10 acara iaitu :-

  1. memanah
  2. olahraga
  3. badminton
  4. goal ball
  5. powerlifting
  6. renang
  7. ping-pong
  8. bola tampar duduk
  9. tenis berkerusi roda
  10. tenpin boling.

Untuk temasya kali ini, hanya acara powerlifting akan memberi mata ranking kepada atlet untuk kelayakan ke Sukan Paralimpik London.

Selamat berjuang atlet paralimpik kita