13 Produk 1Malaysia Gagal Mematuhi Peraturan Makanan 1985

13 Produk 1Malaysia Gagal Mematuhi Peraturan Makanan 1985


Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa 13 produk 1Malaysia gagal mematuhi Peraturan Makanan 1985 dan ia sudah mengambil tindakan sewajarnya.

Produk terbabit adalah :-

  1. susu segar
  2. susu pekat
  3. krimer pekat manis
  4. sos tiram
  5. jem buah-buahan
  6. kari ayam bertin
  7. kordial mangga
  8. minyak sapi
  9. kacang
  10. mentega kacang berkrim
  11. mentega kacang Crunchy
  12. mentega kacang Crispy
  13. sardin ikan dalam sos tomato bertin (155 gram)

Produk berkenaan akan diberi peluang memasuki semula pasaran sebaik saja ia diperbetulkan dan seterusnya diperiksa oleh Kementerian Kesihatan.

Dengan ini pihak pengurusan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mengarahkan semua pembekal produk 1Malaysia menghantar produk mereka untuk ujian makmal berkala.