1Malaysia Pad Sudah Mula Dijual

1Malaysia Pad Sudah Mula Dijual

MALTECH Pro Sdn Bhd (MalTech Pro), muncul sebagai pengeluar peranti mudah alih tablet pertama buatan Malaysia bersaiz tujuh inci dikenali sebagai 1Malaysia Pad yang boleh diperoleh pada harga mampu milik iaitu RM999 seunit.

Pengerusi Eksekutif MalTech Pro, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, tablet itu dilengkapi dengan sistem android dan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G serta aplikasi terkini dan skrin sesentuh sensitif mempunyai aplikasi tambahan yang direka khusus mesra penggguna serta bercirikan identiti 1Malaysia seperti 1Malaysia Club dan 1Malaysia Mesengger (1MM), sekali gus membolehkan pengguna mengakses komunikasi dua hala komuniti 1Malaysia.

Untuk fasa pertama MalTech Pro sudah memasarkan sebanyak 5,000 unit tablet berkenaan dan masih giat melantik ejen untuk tujuan itu dengan sasaran kira-kira 100 ejen namun buat sementara waktu, pembelian hanya boleh dibuat menerusi laman web www.maltechpro.com.