3 Jenis Klon Durian MDUR

3 Jenis Klon Durian MDUR

Kepada peminat durian, terutama durian dari Perak.

Pengarah Mardi Negeri Perak, Dr Zabri Abd Wahid telah memperkenalkan tiga jenis klon durian iaitu MDUR 78, MDUR 79 dan MDUR 88 yang bermutu tinggi di Stesen Mardi Kuala Kangsar.

Dinyatakan bahawa Klon durian MDUR 78 dan MDUR 79 adalah bermutu tinggi dan sederhana, rintang terhadap penyakit dan berkeupayaan berbuah lebih awal secara konsisten.

Untuk maklumat anda,

Klon MDUR 78 dan MDUR 79 dan MDUR 88 ialah hasil kacukan (D10xD24) dan (D24xD10) iaitu dua daripada 34 kombinasi kacukan yang telah berjaya dibuat.

Kredit gambar buat – fotoBERNAMA