50 Peluang Perniagaan Inovasi (IBO) Fasa Ketiga Dibuka

50 Peluang Perniagaan Inovasi (IBO) Fasa Ketiga Dibuka

Peluang Perniagaan Inovasi (IBO)
Sebanyak 50 peluang perniagaan inovasi (IBO) fasa ketiga, dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk melabur dalam tiga bidang utama iaitu inovasi intelek, perniagaan dan sosial.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,

Segala inisiatif yang dijalankan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) untuk mempromosi inovasi itu sudah menghasilkan impak positif.

Dalam bidang inovasi intelek, AIM bekerjasama dengan industri berteknologi tinggi dalam bidang seperti penyelidikan sel stem, kaedah rawatan injap jantung tanpa pembedahan terbuka dan sistem visualisasi autopsi digital.

AIM juga sudah mendapat kelulusan kerajaan untuk melabur dalam KLSMC Stem Cells Sdn Bhd (KLSMC) untuk menggunakan sel stem darah dalam rawatan tulang rawan, ia diiktiraf Kementerian Kesihatan sebagai teknologi terkini bertaraf dunia dan ia mendapat hak paten dari Amerika Syarikat (AS).

Bagi pelabur yang berminat boleh melayari laman sesawang www.innovation.my untuk maklumat lanjut mengenai peluang perniagaan itu.

AIM turut melabur dalam Mardil Medical untuk teknologi merawat masalah injap jantung tanpa pembedahan terbuka dan satu perjanjian persefahaman ditandatangani antara Mardil Medical dan IJN untuk membangunkan pusat kecemerlangan Mardil Asia Pasific.