6 IPTS Dibenar Tawar Program Pengajian Jarak Jauh

6 IPTS Dibenar Tawar Program Pengajian Jarak Jauh

Hanya enam Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dibenar menawarkan program pengajian jarak jauh.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata di persidangan Dewan Negara, IPTS tersebut ialah :-

  1. Al-Madinah International University
  2. Universiti Tun Abdul Razak
  3. Universiti Terbuka Wawasan
  4. Universiti Terbuka Malaysia
  5. Asia e University
  6. Internatonal Centre for Education in Islamic Finance.

Kurikulum kursus pengajian yang hendak dikendalikan oleh IPT hendaklah dibentuk supaya mencapai hasil yang dinyatakan dan mengikut garis panduan yang ditetapkan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Bagi memastikan pengawalan kualiti IPTS termasuk dalam aspek kurikulum dan pengajian jarak jauh, kementerian sentiasa melaksanakan penyeliaan dan pemantauan secara berkala ke atas IPTS dari semasa ke semasa