Adnan Sempit 2

Adnan Sempit 2

Adnan Sempit 2 kembali sebagai kesinambungan kepada filem terdahulu, Adnan Sempit.

Kali ini, ianya tidak lagi diarahkan oleh pengarah terkenal, Ahmad Idham.

Tetapi ia bakal mendapat sentuhan daripada pengarah di bawah Skim 10 Pengarah Muda MIG iaitu Ismail Bob Hashim yang sebelum ini merupakan penolong pengarah Adnan Sempit.

Sinopsis Filem Adnan Sempit 2

Ia mengisahkan Adnan (Shaheizy sam) cuba memikat hati ibu bapa Nadia (Intan Ladyana) iaitu Dato Isnin. Dato Isnin mencabar agar Adnan mengubah dirinya sendiri dari mat rempit kepada manusia yang mempunyai cita – cita yang tinggi.

Antara cabaran yang diberikan Dato Isnin kepada Adnan Sempit ialah supaya anak muda tersebut fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan dirinya menjadi seorang ahli korporat dalam masa 30 hari.

Adnan telah meminta rakan baiknya iaitu Bobby yang telah berkerja sebagai perunding imej. Bobby bersetuju menolongnya dan telah memberikan pelbagai ‘idea bernas’ yang pasti akan mencuit hati penonton.

Trailer Adnan Sempit 2

Note : Admin dijemput sebagai media ke majlis Pra-Tonton Filem ini di Sunway Pyramid 21 Febuari 2012.

Nantikan gambar eksklusif dari admin