Ahmad Idham Pengetua Raja Lawak Musim ke-6

Ahmad Idham Pengetua Raja Lawak Musim ke-6

Fenomena realiti tv seperti Raja Lawak, Maharaja Lawak, Maharaja Lawak Mega memang tidak asing lagi. Malahan peminatnya lebih ramai dari realiti tv pertandingan nyanyian.

Ternyata wabak ingin ketawa dan dihiburkan sedang melanda rakyat Malaysia. Ini adalah salah satu cara untuk menghilangkan stress dan masa untuk bersama keluarga.

Untuk kali yang ke-6, Raja Lawak musim baru akan memulakan gelanggang Raja Lawak pada 13 Jan 2012. Manakala Pengetua atau Ciff Besar adalah Ahmad Idham

tenaga pengajar raja lawak musim ke-6

Ahmad Idham

Sesuaikah beliau menjadi pengetua?

Pengalaman beliau didalam dunia seni memang tidak asing lagi. Dari seorang pelakon ke bidang pengarahan serta jururunding skrip. Kini sebagai pengetua pula.

Astro juga telah menambah beberapa orang tenaga pengajar iaitu Yus, Taukeh dan Angah yang kesemuanya lahir dari program Raja Lawak. Harap-harap mereka tidak buli para peserta. Kita nantikan siaran Raja Lawak di Astro Warna.