Al-Fatihah Buat Rara Zikry

Al-Fatihah Buat Rara Zikry

Mungkin ramai yang tidak atau mungkin mengenali Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri atau Rara Zikry.

Menurut pages Contribution for Rara Zikry’s medical expenses,

Beliau dimasukkan ke Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam setelah mengalami asma yang boleh dikatakan agak serius pada 19 Mac 2010. Beliau dikatakan koma.

Untuk maklumat lebih lanjut boleh rujuk di info di sini.

Maklumat terkini,

Pada 1 Disember 2011 jam 10 malam di Sunway Medical Center, Rara Zikry telah meninggalkan kita semua.

Jenazah Akan dibawa Dari rumah ke masjid SS 19 Subang Jaya pada pukul 8 pagi 2 Disember.

Insya Allah jenazah akan disempurnakan dan dikebumikan sebelum solat jumaat.Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sumber : Contribution for Rara Zikry’s medical expenses