Astro Lantik Bekas Ketua Hakim Negara Sebagai Pengerusi

Astro Lantik Bekas Ketua Hakim Negara Sebagai Pengerusi


Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) telah melantik bekas Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi sebagai Pengerusi dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 15 Ogos, 2012.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro Holdings Bhd (AHB) Datuk Rohana Rozhan berkata Zaki akan turut mempengerusikan Jawatankuasa Pencalonan dan Tadbir Urus Korporat Lembaga Pengarah.

“Kami berkeyakinan bahawa Zaki, yang mempunyai pengalaman yang luas, akan menyumbang secara signifikan terhadap tanggung jawab tadbir urus korporat didalam syarikat itu,” katanya.

Zaki menyertai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Malaysia sebagaimajistret pada 1970 dan kemudiannya dipindahkan ke Pejabat Peguam Negara di mana beliau berkhidmat selama 15 tahun sebelum melakukan amalan perundangan pada 1985.

Beliau dilantik sebagai Ketua Hakim Malaysia ke-12 pada 2008.

“Astro adalah salah satu jenama utama kami dan berada pada kedudukan baik untuk memainkan perana di dalam masa depan digital Malaysia,” kata Zaki.

Sementara itu, berkuat kuasa 15 Ogos, 2012, Datuk Badri Masri telah meletak jawatan sebagai Pengarusi AMH.

Bagaimana pun, beliau akan kekal sebagai Pengerusi AHB, iaitu syarikat induk AMH.