Atlet Renang Kebangsaan Pecah 2 Rekod AUG 2012

Atlet Renang Kebangsaan Pecah 2 Rekod AUG 2012

Atlet renang kebangsaan Siow Yi Ting membuat kejutan dengan memecah dua rekod kejohanan Sukan Universiti Asean (AUG) 2012 di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional, Vientiane.

Yi Ting meraih pingat emas selepas mencatat 1 minit 11.89 saat bagi acara 100 meter kuak dada wanita, memecahkan rekod 1:17.53s pada edisi 2010 di Chiang Mai, Thailand.

Perenang berpengalaman itu menewaskan Margareta Kretapradani dari Indonesia yang meraih perak dengan masa 1:14.56s manakala gangsa milik Chontida Onmim dari Thailand dengan 1:17.83s.

Selain itu, Yi Ting memecah rekod kejohanan bagi acara 400 meter rampaian wanita dengan catatan 4:57.30s untuk menewaskan Ressa Kania Dewi dari Indonesia yang meraih pingat perak (5:06.17s) dan pemenang gangsa Claire Adorna dari Filipina (5:16.42s).

Yi Ting memecah rekod yang dicatat pada AUG edisi 2010, 5:22.17s.

Selain Yi Ting, Khoo Cai Lin menggegar kolam renang yang membuka tirainya hari ini apabila merangkul emas serta memecah rekod kejohanan bagi acara 200 meter kupu-kupu dengan masa 2:17.43s. Rekod terdahulu ialah 2:28.15s