Banjir Kilat Melanda Kajang

Banjir Kilat Melanda Kajang

Ini berita yang kami baru terima.

Beberapa tempat di kajang di tenggelami air akibat hujan lebat yang melanda kawasan tersebut.

Hujan lebat selama hampir satu jam bermula dari jam 4 petang tadi menyebabkan sebahagian besar daerah Kajang dilanda banjir kilat sehingga ada kawasan yang dinaiki air hingga ke paras dada

Dari gambar yang kami terima, beberapa kenderaan terperangkap di dalam banjir.

Buat masa sekarang, hujan masih lagi belum berhenti dan dijangka akan berterusan hingga ke lewat petang.

Pusat Bandar Kajang antara terburuk apabila arus deras banjir melanda pusat membeli belah Plaza Metro Kajang

Bagi mereka yang menghala ke Kajang, sila berhati-hati supaya tidak terperangkap di kawasan yang di tenggelami air.

Kredit gambar buat Shafiq Ali


Kredit kepada : OhTweet

Video yang diperolehi dari laman Youtube mengenai kejadian banjir yang melanda pusat membeli belah Plaza Metro Kajang