Banjir Landa Kuala Lumpur – 1 Oktober 2014

Kuala Lumpur Banjir
Akibat hujan lebat selama kira-kira 2 jam, beratus kereta tenggelam di tempat letak kereta di Jalan Kia Peng di sini, termasuk beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang berlaku banjir kilat bermula kira-kira jam 4 petang ini.

Antaranya kawasan yang terjejas adalah Jalan Sultan Ismail, Jalan Chan Sow Lin, Jalan Bangsar, Jalan Kia Peng, Kampung Baru, Keramat dan Jalan Gombak menuju ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi berkata, setakat ini pihak belum menerima sebarang laporan kecemasan.

Menurutnya, pihaknya sentiasa bersiap sedia memberi tindak balas sekiranya terdapat laporan mangsa terperangkap.

“Pihak bomba hanya menerima panggilan berkaitan pokok tumbang di Jalan Ipoh berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul,” katanya ketika dihubungi.

Sehubungan itu, Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), menyarankan pengguna jalan raya agar mematuhi undang-undang lalu lintas dan tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu.

“Kurangkan had laju apabila memandu di lokasi air bertakung serta jaga jarak kenderaan dan fokus pada pemanduan anda,” kata kenyataan itu.

Sumber : Harian Metro

Comments

comments

Admin Muka Depan