Bank Negara Umumkan Wang Kertas Terbaru

Bank Negara Umumkan Wang Kertas Terbaru

Reka bentuk wang kertas dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sejajar dengan langkah yang dilakukan secara berkala dalam tempoh setiap 12 tahun.

Note baru Ringgit Malaysia wang kertas dan wang syiling keluaran terbaru ini akan dikeluarkan pada Julai 2012.

gambar : Kakitangan Bank Negara menunjukkan Note baru Ringgit Malaysia wang kertas dan wang syiling keluaran terbaru Bank Negara Malaysia

Sumber : Sinar Harian.

Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan dipertingkat termasuk:-

  • imej tanda bayang,
  • tingkap pandang telus,
  • potret tera air dengan piksel dan angka,
  • benang keselamatan dengan warna berubah-ubah,
  • ┬ábenang kanta mikro,
  • tanda pandang telus
  • petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya.

Duit syiling siri baharu dengan denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen, yang dilancarkan pada 25 Julai, akan berada dalam edaran pada Januari 2012.

Vendor-vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memastikan wang kertas siri baharu ini mudah digunakan