Baucar Buku 1 Malaysia Dilengkapkan Dengan Ciri Keselamatan

Baucar Buku 1 Malaysia Dilengkapkan Dengan Ciri Keselamatan

Mulai tahun hadapan,Baucar buku RM200 khas untuk pelajar institusi pengajian tinggi akan dilengkapi pelbagai ciri keselamatan bagi mengelak ianya dipalsukan.


Untuk pengetahuan semua,baucar itu dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad dan ciri-ciri keselamatan yang sama boleh didapati pada baucar RM500 untuk isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan.

Baucar Buku 1 Malaysia boleh ditebus di semua kedai buku yang mengambil bahagian di dalam program dan boleh digunakan untuk membeli buku-buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan pengajian masing-masing.