Bidaan Plat 1M4U Kini Dibuka

Bidaan Plat 1M4U Kini Dibuka

Berita baik kepada semua,iaitu bermula pada hari ini (11 Mac 2013 jam 10.oo pagi ini sehingga 29 Mac 2013 ) bidaan bagi mendapatkan nombor plat khas 1M4U (1Malaysia for Youth) boleh dibuat bermula angka 1 hingga 9,999 .

Plat khas 1M4U (1Malaysia for Youth) ini julung kali diperkenalkan bagi menyokong usaha dan program sukarelawan belia itu ditawarkan bermula pada harga minimum RM500 dan tempoh sah bagi setiap pendaftaran ialah sehingga 31 Disember ini.

im4u

Azlan Rudy Malik selaku Pengarah Perkhidmatan Korporat 1M4U, berkata ini adalah inisiatif terbaru pihaknya bagi mengukuhkan lagi jenama 1M4U kepada masyarakat.

Untuk pengetahuan semua , hasil pendapatan yang diperoleh daripada usaha Plat 1M4U akan disalurkan kepada Tabung Dana Sukarelawan 1Malaysia (Dre1M) untuk tujuan menaja lebih banyak aktiviti sukarelawan belia.

Cara Memohon Bidaan Plat 1M4U

Untuk membuat permohonan , pemohon perlu memuat turun borang tender menerusi laman web www.platim4u.com sebelum dihantar ke Urus Setia Plat 1M4U di alamat SW-03A-06, Cova Square, Jalan Teknologi, Kota Damansara, PJU 5, 47810 Petaling Jaya.

Orang ramai yang membuat bidaan perlu menghantar draf atau wang pos dengan nilai 50 peratus daripada harga bidaan atas nama 1M4U.

Senarai nama keputusan bidaan itu akan diumumkan pada 19 April 2013 depan menerusi laman web sama iaitu www.platim4u.com atau dipaparkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan di Wangsa Maju.

Selepas tempoh bidaan tamat, baki nombor yang masih tidak ditempah akan ditawarkan kepada belia berumur 22 tahun ke bawah dengan harga RM200.

Penjualan siri nombor plat khas itu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersempena dengan Persidangan Antarabangsa 1M4U di Taylor’s Universiti baru-baru ini.

Maklumat Penting

Pendaftaran nombor plat khas 1M4U hanya boleh dilakukan di pejabat JPJ Wilayah Persekutuan sahaja. Nombor plat ini boleh digunakan di seluruh negara kecuali Pulau Langkawi dan Labuan.