Biografi Datuk Siti Nurhaliza di History Channel

Biografi Datuk Siti Nurhaliza di History Channel

Stesen penyiaran antarabangsa, History Channel berminat untuk menyiarkan dokumentari kisah kecemerlangan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang mencipta nama hingga ke peringkat antarabangsa.

Siti merupakan artis tempatan ketiga dimana biografi dirinya dirakamkan selepas Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham Datuk Sudirman Arshad.

Pemilihan kisah hidup Siti untuk dokumentari itu dibuat berdasarkan pencapaiannya yang hebat di peringkat antarabangsa dan mengharumkan nama negara di mata dunia sepanjang 16 tahun aktif sebagai anak seni.

Sejak terbabit dalam industri hiburan tanah air pada 1996, hingga kini Siti meraih lebih 200 anugerah berprestij di dalam dan luar negara yang mengiktiraf bakat seninya.