Borang Bantuan Lesen 1Malaysia Mula Diedar

Borang Bantuan Lesen 1Malaysia Mula Diedar

Program BL1M
Borang permohonan bagi program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) bagi memudahkan golongan muda mendapatkan lesen motosikal B2, mula diedar kepada orang ramai selama dua minggu mulai pada Khamis.

Borang boleh didapati di kesemua pejabat komponen Barisan Nasional di 222 kawasan Parlimen seluruh negara dan secara talian di laman web www.bl1m.my atau www.myeg.com.my.

Manakala yuran sebanyak RM199 yang dikenakan hanya akan diterima dalam bentuk kiriman wang dan diperlukan semasa penyerahan borang lengkap di pusat yang diluluskan.

Bayaran dalam bentuk tunai adalah tidak dibenarkan pada bila-bila masa dalam program BL1M ini.

Orang ramai perlu beringat bahawa BL1M, Pemuda BN dan MYEG tidak pernah melantik mana-mana ejen atau agensi untuk mendaftar dan memungut yuran bagi pihak BL1M, sama ada dari pintu ke pintu mahupun di tempat awam.

Hanya MYEG merupakan satu-satunya agensi yang dilantik bagi mengurus dan mentadbir perjalanan program itu..

Program yang yang menawarkan harga mendapatkan lesen B2 sebanyak 50 peratus lebih rendah adalah terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun dan yuran RM199 adalah meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori, undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu.

Mana-mana institut memandu yang mahu menyertai program BL1M perlu mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan terlebih dahulu dan memenuhi kriteria tertentu serta menjalani sistem pembidaan terbuka.

Untuk maklumat lanjut, beliau berkata orang ramai boleh melayari laman web www.bl1m.my atau menghubungi talian bantuan di 03-7801 8888.