010813_Lazada_HAP_728x90_Set3

Daftar Atau Kemas Kini BR1M 2.0 Secara Online

Berita baik untuk semua,Menurut pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia,kini urusan Pendaftaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 serta Kemas Kini maklumat untuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia 1.0 boleh dibuat secara atas talian (online) di laman web https://ebr1m.hasil.gov.my/ mulai 1 November 2012.


*klik gambar untuk paparan yang lebih jelas

Untuk muat turun borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0,boleh ke sini

Sedikit maklumat tambahan untuk memudahkan para pembaca faham :-

Isi rumah yang layak (RM500):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar bulanan
isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
> Berkahwin;
> Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
> Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan kasar
bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Individu yang layak (RM250):
(i) Warganegara Malaysia;
(ii) Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah)
dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.

• Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
• Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran

*** Anda juga boleh hubungi talian bebas tol di 1-800-88-2716 (BR1IM) untuk info lanjut.

Comments

comments