Dakwat Kekal Digunakan Pada Pilihan Raya Umum Ke-13

Dakwat Kekal Digunakan Pada Pilihan Raya Umum Ke-13

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti,

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memutuskan untuk menggunakan dakwat kekal ‘silver nitrate’.

Dakwat ini adalah berlainan daripada dakwat kekal yang pernah disyorkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Dakwat kekal ini juga digunakan di beberapa negara bagi memastikan pilihan raya berjalan lancar.

Untuk pengetahuan semua

‘Pengundian Awal’ akan diperkenalkan pada pilihan raya umum kelak iaitu tiga atau empat hari sebelum hari pengundian.

Ianya khusus bagi anggota tentera, pasangan anggota tentera, polis (tidak termasuk pasangan) dan pasangan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA).

Undi pos masih dikekalkan namun pengundi terbabit perlu memohon kepada pegawai pengurus pilihan raya.