Dapatkan Duit Syiling Siri Baharu Mulai 16 Januari ini

Dapatkan Duit Syiling Siri Baharu Mulai 16 Januari ini

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan (pada Selasa bersamaan 10 Januari 2012) bahawa duit syiling Malaysia siri baharu akan dikeluarkan untuk edaran mulai 16 Januari ini.

Menurut pihak Bank Negara Malaysia (BNM) , duit syiling baharu ini adalah sah diperlakukan dan akan dikeluarkan untuk edaran secara berperingkat dan akan digunakan bersama-sama dengan duit syiling sedia ada.Sementara itu Duit syiling sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.

Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai diberikan tempoh masa yang mencukupi untuk mengubah suai mesin mereka supaya boleh menerima duit syiling baharu ,ini adalah untuk memastikan peralihan yang lancar kepada penggunaan duit syiling baru.

Duit syiling Malaysia siri baharu ini Bertemakan ‘Keunikan Malaysia’,untuk pengetahuan semua , reka bentuk duit syiling siri baru ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara.Motif reka bentuknya memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna serta seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.Denominasi duit syiling siri baharu ini ialah 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan lebih kecil serta ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.

Duit syiling baru ini dibuat menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dan turut memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.

Untuk maklumat lanjut mengenai duit syiling siri baharu ini, orang ramai boleh menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465 atau menelefon 03-2698 8044 di sambungan 8658, atau melayari laman sesawang Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my