Datuk Amar Mohamad Asfia Menjadi Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak

Datuk Amar Mohamad Asfia Menjadi Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak

Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar telah mengangkat sumpah pelantikan sebagai Pemangku Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Ianya berkuat kuasa dari 27 Dis lepas sehingga 10 Feb 2012.

Majlis menandatangani surat sumpah dan surat pengisytiharan tersebut disempurnakan di hadapan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang.

Pengisytiharan ini disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Datuk Rhodzariah Bujang di Dewan Lapau Dewan Undangan Negeri Sarawak.