Datuk Seri Noh Omar Rasmikan Edata Network

Datuk Seri Noh Omar Rasmikan Edata Network

YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah merasmikan syarikat Edata Network Sdn Bhd sebentar tadi di Wisma Edata, Kota Damansara.

Edata Network Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat yang mempromosikan program Score A.

Majlis ini dihadiri juga oleh Penasihat Kenshido International Sdn Bhd, YM Raja Ismail bin Dato Raja Mohamed.

Tujuan majlis ini diadakan untuk merasmikan Edata Network yang selama ini mempromosikan program pembelajaran Score A dalam masa yang sama meraikan kejayaan beberapa pelajar yang cemerlang dalam UPSR dan PMR tahun lepas.

Walau dikelilingi dengan jadual tugas yang padat, YB Datuk Seri Noh bin Haji Omar meluangkan masa untuk menyampaikan anugerah kpd pelajar2 cemerlang di Edata Network Sdn Bhd kerana beliau cintakan pendidikan.

Beliau sebelum ini merupakan seorang Guru di Carey Island selama 3 tahun,sebuah tempat yg sgt mencabar yg mana tidak ramai guru mahu mengajar di situ.

YB Datuk Seri turut berbangga dengan Edata Network Sdn Bhd, sebuah badan swasta yang bersama-sama menyokong Government Transformation Program (GTP) terutama sekali di dalam membentuk modal insan, menjadikan Malaysia negara maju dengan rakyat berpendapatan tinggi.

YB Datuk Seri turut berbangga apabila mengetahui bahawa anak-anak muda di sini menyumbang masa dan tenaga dengan seikhlas hati, semata-mata untuk berbakti kepada masyarakat. Justeru itu, YB Datuk Seri berbesar hati untuk merasmikan Edata Netwrok Sdn Bhd