DRB-HICOM Ambil Alih Proton

DRB-HICOM Ambil Alih Proton

Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) semalam telah mengumumkan pemilihan DRB-HICOM Bhd. sebagai syarikat yang bakal menguasai Proton dan akan memiliki kepentingan Proton Holdings Bhd. (Proton)

Jualan kepentingan yang melibatkan 42.74 peratus ekuiti Khazanah itu ditawarkan pada harga RM5.50 sesaham atau nilai keseluruhannya RM1.291 bilion.

Keputusan ini dibuat dalam perbincangan dan penilaian terperinci dengan mengambil kira pelbagai aspek termasuk kedudukan kewangan dan sama ada pemegang saham baharu itu boleh membawa Proton ke peringkat lebih maju seiring dengan aspirasi perkembangan sektor automotif nasional.

Walau bagaimanapun,

Penjualan ini masih tertakluk kepada beberapa garis panduan dan di antaranya ialah ia perlu mendapat kelulusan daripada pemegang saham DRB-HICOM.