Eurocopter EC725 Cougar Milik TUDM

Eurocopter EC725 Cougar Milik TUDM

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menerima helikopter baru, EC725 Cougar keluaran firma Eropah, Eurocopter.

Ianya diberikan secara berperingkat bermula Disember tahun depan sehingga 2014.

Lapan dari 12 unit helikopter ditempah ini sedang disiapkan untuk tujuan penghantaran pertama.

Pembinaan EC725 Cougar yang ditempah Kerajaan Malaysia adalah mengikut dan proses penghantarannya dijangka tidak akan mengalami sebarang kelewatan.

Proses latihan untuk pengendalian helikopter ini oleh juruterbang TUDM dijadualkan bermula pertengahan tahun depan di Marignane, Perancis yang merupakan ibu pejabat, pusat latihan dan loji pengeluaran Eurocopter.