Felda Bina Rumah Untuk Generasi Kedua

Felda Bina Rumah Untuk Generasi Kedua


Projek perumahan kepada golongan generasi kedua peneroka Felda akan dimulakan tahun depan melibatkan nilai berpuluh juta ringgit.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata bagi program perumahan untuk generasi kedua Felda, buat permulaan ia akan dijalankan secara pembinaan pasang siap di beberapa kawasan Felda yang mempunyai kemudahan tapak.

Melalui pembinaan secara pasang siap ini, beratus–ratus buah rumah dalam pelbagai bentuk dan pelan dapat dibina secara lebih cepat, di samping dapat menjimatkan kos.