Filem Bunohan Bertukar Poster

Filem Bunohan Bertukar Poster

Filem yang bertajuk Bunohan yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia pada 8 Mac 2012 telah bertukar poster.

Poster yang sebelum ini memaparkan longgokan tengkorak, sepasang sarung tangan peninju dan awan tengkujuh telah digantikan dengan tiga pelakon atau watak utama filem ini seperti Faizal Hussein , Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim untuk tayangan di Malaysia.


Tujuan penukaran poster filem Bunohan ini bertujuan untuk menonjolkan pelakon-pelakon utama di dalam poster.

Barisan pelakon yang lain di dalam filem ini adalah pelakon-pelakon hebat seperti Bront Palarae , Nam Ron , Wan Hanafi Su , Tengku Azura dan Soffi Jikan.

Poster baru filem ini yang memaparkan ketiga-tiga watak itu dicipta oleh Joe Kidd . Joe Kidd juga bertanggungjawab mereka poster-poster sebelum ini.