Filem Malaysia “Bunohan” Menang Anugerah Antarabangsa

Filem Malaysia “Bunohan” Menang Anugerah Antarabangsa

Tahniah kepada Dain Said apabila filem drama aksi arahan beliau, “Bunohan” telah berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Filem ini telah memenangi Anugerah NETPAC (Rangkaian Promosi Panggung Asia) di Festival Filem Taipei Golden Horse 2011.

Bunohan telah dipilih oleh juri NETPAC kerana filem ini menggunakan cara kreatif dan unik serta menggunakan bahasa sinematik dan menangani pelbagai isu kontemporari Asia.

Untuk pengetahuan anda,

Anugerah NETPAC diberikan bagi menggalakan pawagam di Asia mengetengahkan filem luar biasa serta mencungkil bakat-bakat baru.

Filem ini dibarisi pelakon Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron serta Tengku Azura.

Bunohan pernah mengadakan tayangan perdana di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September lalu.

Ia telah dipilih oleh Universal Pictures untuk tayangan di beberapa buah negara seperti United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.

Makluman Anda : Filem Bunohan akan ditayangkan di Malaysia pada 8 Mac 2012.

Trailer Filem Bunohan