Filem Terbaru Namewee – Hantu Gangster

Filem Terbaru Namewee – Hantu Gangster

Kejayaan filem Namewee iaitu Nasi Lemak 2.0 membolehkan beliau memulakan pengambaran untuk filem terbarunya iaitu Hantu Gangster.

Filem ini telah mengumpulkan ramai pelakon dari pelbagai budaya untuk menjayakan filem ini.

Ianya termasuk Diana Danielle, Farid Kamil, Dato David Arumugam, Dato Jalaluddin Hassan, Reshmonu, Amber Chia, Noh Hujan, Taijuddin Bakar dan Dennis Lau.

Filem Hantu Gangster merupakan filem komedi seram mengenai tiga kumpulan gangster dari latar belakang budaya yang berbeza namun bersama-sama untuk mempertahankan keluarga mereka, melalui bantuan pencuri kecil-kecilan yang dimainkan oleh Namewee.

Namewee berharap dapat melancarkan filem ini pada bulan Merdeka tahun hadapan. Beliau juga berharap Finas dan pihak berkuasa yang berkaitan akan memberi lebih banyak sokongan pada kali ini.

Ini kerana filem ini juga mempunyai mesej positif yang perlu disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia.