Firuz Akhtar, Juara Ustazah Pilihan

Firuz Akhtar, Juara Ustazah Pilihan

Tahniah kami ucapkan kepada Saudari Firuz Akhtar yang terpilih menjadi juara Ustazah Pilihan musim pertama.

Beliau telah menewaskan tiga finalis lain pada peringkat akhir yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Tempat kedua jatuh kepada guru bahasa Arab dari Johor, Nurul Hidayah Kamaruddin. Ketiga Siti Fatimah Mohd Sharif manakala yang keempat adalah Masfira Hilman.

Tahniah kami ucapkan, semoga pencarian Ustazah Pilihan akan di teruskan dari masa ke semasa.