Harga Ikan Kembung RM10 Sekilo

Harga Ikan Kembung RM10 Sekilo

Harga ikan kembung di Pasar Besar Alor Setar melambung daripada RM3 kepada RM10 sekilogram.

Ada beberapa kawasan melonjak sehingga RM12 sekilogram. Ini disebabkan oleh bekalan tidak mencukupi sejak bulan lepas.

Cuaca yang tidak menentu menjadi penyebab nelayan tidak dapat ke laut.

Akibat bekalan berkurangan, peraih meletak harga antara RM8.50 ke RM9.50 sekilo kepada peniaga.