Jalan Utama Sekitar Dataran Merdeka Ditutup Sempena Sambutan Tahun Baru 2012

Jalan Utama Sekitar Dataran Merdeka Ditutup Sempena Sambutan Tahun Baru 2012

Untuk pengetahuan semua,

Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup sempena sambutan Tahun Baru 2012.

Ianya bermula pada 9 malam Jumaat ini (30 Dis 2011) sehingga 5 pagi Ahad (1 Jan, 2012).

Penutupan ini bagi memastikan acara seperti pertunjukan pentas dan pertunjukan bunga api yang diadakan di Dataran Merdeka berjalan dengan lancar.

Penutupan jalan ini membabitkan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Jalan Hishamuddin/Jalan Raja dan Jalan Mahkamah Persekutuan.

Selamat Tahun Baru dari pihak MukaDepan.