Karnival Karangkraf 2012

Karnival Karangkraf 2012

Karnival Karangkraf 2012 kembali lagi,pada kali ini ia akan diadakan di perkarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf Seksyen 15,Shah Alam dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam.Karnival Karangkraf 2012 bermula pada 27, 28 dan 29 Januari 2012.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung di Karnival Karangkraf 2012 ialah :-

1.Program Forum Bicara Cinta Anak Muda : Hatiku Hanya Milikmu oleh Panel jemputan Sham Kamikaze, Irma Hasmi, Pemenang Ustazah Pilihan, Imam Muda Ashraf dan juga trainer ESQ pada 27 Jan (Jumaat) jam 8.30 malam di pentas utama Karnival dibawakan khas oleh majalah I.

2.Konsert & Anugerah PPMH Media Hiburan pada 28 Jan 2012 (Jam 8.30pm) di Pentas utama, antara artis yang akan membuat persembahan : Dafi, Akim, Alif Aziz, Adira, Mila, Nubhan, Awie Rafael, Sixth Sence, dan ramai lagi artis jemputan yang akan hadir bagi Anugerah PPMH Media HIburan.

3.Pelancaran Majalah baru Automaskulin dengan penampilan istimewa Neelofa & Izara.

4.Dan banyak lagi.

Pada karnival kali ini,terdapat juga jualan majalah, buku-buku dan Novel, Zon Wanita – Jualan produk dari Client luar, Zon AutoShow – terdapat pameran dan Jualan kereta dan juga Zon Makanan – di mana pengunjung boleh menikmati berbagai-bagai jenis makanan.

Ayuh,jangan lepaskan peluang untuk menghadiri Karnival Karangkraf 2012 ini.

Sumber : Facebook Majalah Pa & Ma