Kemalangan Di Terowong Menora – 4 Oct 2014

Kemalangan Di Terowong Menora

Dua maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan di KM256.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan ke utara selepas Terowong Menora

Kemalangan pukul 11.30 pagi membabitkan dua treler dan enam buah kereta itu, mangsa Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala manakala tiga adik beradik lain mengalami cedera ringan.

Siti Yuslianis merupakan pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Kuala Terengganu.

Beberapa kenderaan lain turut terbabit dalam kemalangan itu selepas berlanggar antara satu sama lain kerana tidak sempat mengelak insiden berkenaan.

Lori treler jenis Hino itu dalam perjalanan dari Johor Baharu menuju ke Pulau Pinang dengan membawa muatan jubin mozek, katanya.

Lima kenderaan lain iaitu masing-masing dua dari jenis Proton Alza, Honda City, Perodua Myvi dan Mercedes Benz itu mengalami kerosakan teruk, bagaimanapun sama ada pemandu atau penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pemandu treler berusia 40-an berkenaan kini ditahan untuk siasatan lanjut serta ujian air kencing dan darah.

Kejadian berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Comments

comments

Admin Muka Depan