Kempen 1Malaysia 1Halal (1M1H) Melaka

Kempen 1Malaysia 1Halal (1M1H) Melaka yang bermula pada 3 Febuari akan dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal Aisyah, Najwa Latif dan kumpulan nasyid In-Team.

Karnival yang dianjurkan oleh kerajaan negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu berlangsung selama empat hari di Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan tempat letak kereta Universiti Terbuka Malaysia (OUM), Bukit Palah.