Kerajaan Selangor Guna Air Lombong

Kerajaan Selangor Guna Air Lombong

“Kerajaan Selangor akan menggunakan air mentah dari bekas lombong di Selangor bagi menampung keperluan air di Lembah Klang.”

Kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar.

Kerajaan negeri juga bercadang merawat dan menapis air dari bawah tanah, hujan dan sungai yang dilihat lebih banyak memberi manfaat serta menjimatkan berbanding projek membangunkan infrastruktur pemindahan air dari Pahang.

Jika dilaksanakan, dakwaan pihak tertentu akan berlaku krisis air di Lembah Klang krisis air 2014 tidak tepat.

Projek Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor (PPAMPS) dan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 masih tergendala selepas isu penyusunan semula industri air negeri itu melalui perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan masih gagal mencapai penyelesaian.

Kerajaan Selangor sudah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu Konsortium Air Sdn Bhd yang mempunyai rekod dan kepakaran teknologi terkini mengurus dan merawat air.