Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik Rantau Asia

Khairul Fahmi Che Mat Penjaga Gol Terbaik Rantau Asia

Selepas Safee Sali mendapat tempat kedua sebagai penyerang terbaik rantau Asia,tidak ketinggalan juga kepada penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apek mendapat tempat pertama di dalam undian orang ramai sebagai penjaga gol terbaik rantau Asia di laman web goal.com,kelmarin.Dengan pencapaian ini,sekaligus Apek telah mengatasi Ali Al Habsi (Wigan).


Untuk pengetahuan semua,laman web tersebut meletakkan Khairul Fahmi sebagai penjaga gol terbaik Asia bagi pasukan bawah 23 sebelum ini.

Khairul Fahmi Che Mat
atau Apek berjaya meraih undian sebanyak 54.37% dan mengatasi penjaga gol antarabangsa China, Yang Zhi sebanyak 39.91%.

Antara calon lain yang turut tersenarai di dalam undian ialah :-

  1. Ali Al Habsi (Wigan)
  2. Mark Schwarzer (Fulham)
  3. Mohammed Saqr (Al Sadd).

Undian tersebut bermula pada hari Selasa, 3 Januari lepas dan berakhir kelmarin.

Sumber : Sinar Harian