Khairul Fahmi Che Mat Terima Kunci Dari Kerajaan Negeri Kelantan

Khairul Fahmi Che Mat Terima Kunci Dari Kerajaan Negeri Kelantan

Seperti yang kita sedia maklum,

Kerajaan Negeri Kelantan telah menghadiahkan sebuah banglo kepada penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Anda boleh rujuk di sini untuk maklumat lanjut.

Khairul Fahmi Che Mat telah menerima kunci rumah daripada Kerajaan Negeri Kelantan tengahari tadi sebagai penghargaannya membantu negara menjulang Piala AFF Suzuki hujung tahun 2010.

Majlis penyerahan kunci rumah baru yang bernilai RM200,000 disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Taman Kurnia, Pengkalan Chepa.