Konsert Hulu Klang Berselawat

Konsert Hulu Klang Berselawat

Sempena sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijrah,Konsert Hulu Klang Berselawat akan diadakan di Padang Rekreasi AU5 Lembah Keramat iaitu berhadapan dengan stesen minyak Esso dan Petronas pada 6 Februari 2012 (hari ini).Konsert tersebut bermula pada jam 9.00 hingga 10.00 malam.Konsert Hulu Klang Berselawat ini dianjurkan oleh Surau Al-Mustaqim,AU5C Lembah Keramat dan Pusat Tahfiz Darul Quran Wal Hadith,Taman Permata Hulu Kelang.


Di dalam konsert tersebut,akan disajikan dengan persembahan kumpulan nasyid seperti Al Mawleed,Al Marjan,In-Team,Unic dan Sham Kamikaze serta penampilan hos oleh Ustaz Zulkifli dan Ustaz Farhan.Tidak lupa juga penampilan istimewa dari Pelajar Tahfiz Darul Quran Wal Hadith.

Kepada mereka yang duduk berhampiran,dijemput hadir untuk memeriahkan lagi Konsert Hulu Klang Berselawat ini.