Konsert Solo Pertama Alleycats Di Singapura

Konsert Solo Pertama Alleycats Di Singapura

Buat julungkalinya,

Kumpulan lagenda Alleycats bakal mempersembahkan sebuah konsert “Istimewa Buat Singapura” yang berlangsung pada 14 April 2012 bertempat di Dewan Konsert, Esplanade, Singapura.

Konsert ini sempena meraikan ulangtahun ke-43 penglibatan mereka dalam dunia seni tanah air dan sebagai satu-satunya kumpulan musik bukan Melayu yang masih bertahan sehingga hari ini.

Mereka telah menghasilkan 27 album sepanjang karier mereka.

Untuk pengetahuan anda, tahun ini merupakan tahun keempat Alleycats tanpa vokalis keduanya, Loga.

Tetapi semangat kumpulan ini terus membara apatah lagi mereka baru saja tampil dalam Konsert Sampaikan Salam Alleycats yang berlangsung pada 16 hingga 18 September 2011 lalu di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur.

Alleycats akan mempersembahkan himpunan lagu malar segar mereka melalui segmen yang dirancang oleh pihak panganjur, Raistar Entertainment.

Diantara lagu yang bakal dipersembahkan termasuk Jika Kau Bercinta Lagi, Hingga Akhir Nanti, Nota Terakhir, Sekumtum Mawar Merah Sebuah Puisi dan banyak lagi.

Anda boleh membaca FAQ mengenai konsert ini.