Kuala Lumpur Banjir Buat 2 Hari Berturut-Turut

Kuala Lumpur Banjir Buat 2 Hari Berturut-Turut

Pihak Muka Depan mendapat berita bahawa Kuala Lumpur banjir lagi selepas peristiwa banjir di Jalan Tun Razak lewat petang semalam.

Hujan lebat di ibu negara selama dua jam bermula jam 5 petang menyebabkan beberapa kawasan terutama di Jalan Chan Sow Lin, Jalan Brunei dan Jalan Brunei Utara, dekat Pudu dilanda banjir kilat separas 0.5 meter.

Di sini pihak Muka Depan kongsikan beberapa gambar yang diterima oleh pihak kami.


Banjir di kawasan parking basement Plaza Sg. Wang


Banjir di kawasan berdekatan dengan KL Live


Banjir di kawasan berhampiran Pudu

Jalan lain turut terjejas termasuk Jalan Sultan Ismail menghala Jalan Tuanku Abdul Rahman, bulatan Segambut menghala Jalan Ipoh, Jalan Genting Klang dan Jalan Kuching menghala Selayang.

Turut terjejas aliran trafik di Jalan Kinabalu menghala Jalan Loke Yew dan bulatan Cheras, Jalan Maharajalela menghala Jalan Sultan Ismail, Jalan Kuching dan Jalan Tun Razak menghala bulatan Pahang.