KUALA LUMPUR MARSHALLING COURSE 2012

KUALA LUMPUR MARSHALLING COURSE 2012

Advance Defensive Riding & Driving

(MARSHALL – Motorsikal pelbagai CC, Kereta, 4WD )

1. PENDAHULUAN

Marshall Community Club (MMC) merupakan kelab sukan bermotor akan menawarkan latihan Pengendalian Motorsikal/Kereta/4WD & Pemanduan Berhemah kepada penunggang motorsikal dan pemandu bagi meningkatkan keyakinan dan menambah kemampuan dalam mengendalikan kenderaan masing-masing .

Tujuan program ini adalah untuk mendapatkan latihan penunggang motosikal dan pemanduan yang lebih sistematik, pengendalian motosikal (Defensive riding/driving) dengan menitik beratkan aspek keselamatan penunggang dan pengawalan motosikal yang ditunggang. Bagi pemanduan kereta/4WD, peserta program akan didedahkan bagaimana mengawal kenderaan bagi mengelak kemalangan dan meningkatkan keyakinan pemanduan dengan penuh etika dan bertimbangrasa. Jangkamasa kursus adalah selama 2 hari.


2. OBJEKTIF

Objektif kursus pengendalian motorsikal/kereta/4WD adalah seperti berikut:-

2.1 Memperolehi pengetahuan teori dan praktikal menunggang motosikal & pemanduan kereta/4WD dengan selamat, lebih yakin dan berhemah,

2.2 Mengetahui bagaimana pengendalian konvoi dan komunikasi semasa perjalanan,

2.3 Pengawalan motorsikal / kereta / 4WD ketika menghadapi keadaan kecemasan dan tindakan-tindakan yang perlu diambil,

2.4 Menyemaikan sikap yang baik dan bertanggungjawab sebagai penunggang motorsikal / pemandu kereta / 4WD terhadap nyawa dan kenderaan yang ditunggang/dipandu.

2.5 Mengetahui hak & undang-undang anda sebagai pengguna jalanraya.

3. JURULATIH

Peserta Kursus Pengendalian Motosikal & Kenderaan Berhemah akan dilatih oleh tenaga pengajar dari bahagian memandu, Maktab Teknik PDRM, Bakri, Muar, Johor & jurulatih MMC.

4. YURAN

RM 400 (tiada penginapan)
RM 450 (termasuk penginapan)

5. LAIN-LAIN
a. T Shirt
b. Vest Keselamatan
c. Penginapan ( hanya utk peserta yang membayar utk penginapan sahaja)
d. Sijil
e. Nota
f. Makanan ( Sarapan dan Makan Tengah Hari)

Keterangan lanjut & pendaftaran : 011-16390632 Luqman / 016 206 4299 Nicholas

boleh juga rujuk di Facebook : http://www.facebook.com/events/195881060511850/