Kuching Terima Perkhidmatan 4G Broadband Daripada P1

Kuching Terima Perkhidmatan 4G Broadband Daripada P1

Mulai awal tahun 2013, penduduk Kuching boleh menikmati perkhidmatan jalur lebar baru yang dikuasakan oleh teknologi 4G terkini dari P1 di beberapa kawasan bermula pada hari ini.

Packet One Networks (Malaysia) Sdn. Bhd. atau P1 adalah sebuah syarikat terkemuka di Asia Tenggara dan merupakan salah satu pembekal perkhidmatan 4G pertama di dunia dengan mempunyai lebih dari 505,000 pelanggan.

P1 menyediakan perkhidmatan jalur lebarnya kepada 3000 kediaman dan bangunan komersial di sekitar Padungan Bazaar, Bazaar Sekama, Jalan Foochow dan kawasan Bormill Estate.

Perancangan mereka juga adalah untuk memberi liputan kepada 60% daripada penduduk Kuching pada pertengahan tahun depan dan meluaskan liputan ke Miri, Sibu dan

Perkhidmatan jalur lebar P1 yang ditawarkan kini adalah pelan–pelan ForHome™ dan ForBiz™ di mana perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar 4G yang telah ditetapkan dan didatangkan dengan WiFi serta perkhidmatan telefon.

Berbanding dengan perkhidmatan jalur lebar talian tetap lain yang terdapat di Kuching, ia adalah penyelesaian jalur lebar plug-and-play yangboleh diaktifkan dalam masa satu jam tanpa sebarang perkhidmatan pemasangan atau pendawaian.

Ia juga merupakan penyelesaian mudah alih yang boleh digunakan di lebih daripada satu lokasi selagi berada di dalam liputan rangkaian.

Penduduk Kuching yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut lagi boleh layari laman web www.p1.com.my/kuching di mana anda boleh menyemak perkhidmatan P1 di kawasan anda, melaksanakan sembang jualan dalam talian, mendapat akses kepada jadual siri jelajah atau untuk mendaftarkan perkhidmatan.