Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia

Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia

Datuk Lee Chong Wei yang merupakan pemain badminton perseorangan negara,muncul juara Terbuka Malaysia setelah menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago di Stadium Putra Bukit Jalil pada hari ini.

Datuk Lee Chong Wei yang juga juara All England, sebelum menundukkan Tago 21-6, 21-13 telah mengenepikan Chen Long pada peringkat separuh akhir malam semalam dalam pertarungan sengit selama satu jam, 15 minit sebelum menang dengan keputusan 21-18, 12-21, 21-13.

Dengan kemenangan ke atas Tago, Datuk Lee Chong Wei berjaya menyamakan rekod yang dipegang legenda badminton negara, Wong Peng Soon yang menjadi juara terbanyak Terbuka Malaysia sebanyak lapan kali.

Tahniah sekali lagi buat Datuk Lee Chong Wei.

Sumber : Utusan Malaysia Online