Lorong Khas Di Jalan Tun Sambanthan Dan Little India Gagal

Lorong Khas Di Jalan Tun Sambanthan Dan Little India Gagal

Seperti yang kita sedia maklum,

Pelaksanaan lorong khas untuk bas dan teksi di sepanjang Jalan Tun Sambanthan dan Little India bermula 3 Disember iaitu sabtu lepas bertujuan mengurangkan kesesakan di kawasan terbabit.

Tetapi ianya bertukar menjadi tragedi apabila lima kemalangan berlaku dalam tempoh kurang 48 jam.

Rata-rata kemalangan itu membabitkan bas dan pejalan kaki yang ingin melintas di kawasan itu.

Antara punca kemalangan ini terjadi :-

  • Kebanyakan pengunjung di kawasan itu tidak menyedari perubahan yang dilaksanakan.
  • Tidak memasang papan tanda amaran secukupnya
  • Tidak menyediakan laluan melintas jalan untuk pejalan kaki.

Sistem baru ini juga mengakibatkan keadaan jalan bertambah sesak dan menganggap pembaharuan itu sia-sia, bukan mengurangkan masalah sebaliknya memburukkan keadaan.

Maklumat Penting : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuka lorong khas untuk kegunaan bas dan teksi dari pusat bandar raya menghala Taman Seputeh dan Bangsar bermula dari persimpangan Jalan Tun Sambanthan atau Jalan Tun Sambanthan 4 melalui kawasan Little India ke Taman Seputeh dan Bangsar melalui Jalan Travers.

Lorong berkenaan berkuat kuasa setiap hari bermula jam 6 pagi hingga 8 malam.