Magnet Edisi Terhad Artis Popular ABPBH 2011

Magnet Edisi Terhad Artis Popular ABPBH 2011

Sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Pihak Berita Harian mengeluarkan magnet edisi terhad artis popular ABPBH 2011.

Bagaimana untuk dapatkannya?

Mudah saja, anda hanya perlu

  1. Kumpul 20 kepala akhbar Berita Harian untuk setiap magnet.
  2. Pastikan tarikh kepala akhbar di dalam tempoh masa yang ditetapkan. (Keratan ASAL lebih dari satu untuk tarikh yang sama dibenarkan)
  3. Tebus di cawangan NSTP yang berdekatan

Syarat & Peraturan.

  1. Anda dikehendaki mengumpul kepala akhbar di dalam jumlah dan masa yang ditetapkan. 20 keping kepala akhbar Berita Harian bagi setiap magnet yang dikehendaki. Tempoh yang diberi adalah selama 7 hari bagi setiap minggu berdasarkan jadual di atas. Penggunaan keratan ASAL lebih dari satu untuk tarikh yang sama dibenarkan
  2. Kesemua keratan kepala akhbar yang dikumpul mestilah mengandungi tarikh penerbitan dengan jelas. Setiap set kepala akhbar yang lengkap layak mendapat 1 magnet.
  3. Penebusan boleh dibuat di semua pejabat cawangan NSTP seperti yang disiarkan. Setiap orang boleh mendapatkan jumlah magnet yang diingini asalkan kepala akhbar yang dikumpul menepati jumlah yang ditetapkan iaitu 20 keping bagi setiap magnet.
  4. Setiap minggu telah dikhususkan untuk dua artis sahaja. Baca jadual dengan teliti bagi mendapatkan magnet artis yang diingini. Tarikh tebusan untuk setiap minggu turut dinyatakan. Sila rujuk jadual sebelum menebus bagi mengelakkan kekeliruan.
  5. Pembahagian magnet adalah bergantung kepada keadaan stok. Segeralah menebus bagi mengelakkan kekecewaan.
  6. Penebusan adalah berdasarkan ‘Siapa Cepat Dia Dapat’. STOK ADALAH TERHAD. Pihak penganjur berhak mengubah mana-mana peraturan tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. Magnet yang diingini asalkan kepala akhbar yang dikumpul menepati jumlah yang ditetapkan iaitu 20 keping bagi setiap magnet.

Anda boleh dapatkan info lokasi penebusan dalam akhbar Berita Harian.

Jom kita menghangatkan lagi sambutan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011