Malaysia Tuan Rumah Festival Jazz Belia Dunia

Malaysia Tuan Rumah Festival Jazz Belia Dunia

Malaysia buat julung-julung kalinya dipilih menjadi tuan rumah penganjuran Festival Jazz Belia Sedunia (WYJF) bagi memeriahkan sambutan Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya mulai 23 Mei ini.

Pemilihan Malaysia dibuat berikutan pengiktirafan yang diberikan oleh Organisasi Festival Jazz Asia dan Komuniti Jazz Sedunia.

Festival itu disifatkan sebagai satu daripada komponen penting daripada 38 segmen yang akan diadakan sepanjang sambutan berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata,

Penyertaan pertama kali WYJF itu bukan sahaja membawa bersama peminat jazz malah turut disertai belia beberapa buah negara.

Sebanyak lapan buah negara akan turut sama memeriahkan WYJF iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Indonesia, Filipina, India, Singapura dan Australia.