MBO Cinemas KL Festival City Dibuka

MBO Cinemas KL Festival City Dibuka

MCAT Box Office Sdn. Bhd. atau MBO Cinemas telah melancarkan cawangan ke-15 di pusat beli-belah KL Festival City, Danau Kota, Setapak pada 12 Januari 2012.

Pelancaran ini diadakan satu setengah bulan selepas pembukaan Space U8 Cineplex di Shah Alam pada 24 November 2011.

Mempunyai tujuh dewan tayangan termasuk tiga dewan dilengkapi sistem projeksi digital untuk keupayaan tiga dimensi (3D), cawangan ini mempunyai kapasiti tempat duduk sebanyak 1,072 dan berada di tingkat teratas KL Festival City.

MBO merancang untuk membuka dua cawangan baru di Kota Tinggi dan Citta Mall, Ara Damansara tahun ini.

Malah terdapat perancangan untuk membesarkan pawagam di MBO Terminal 2 Seremban daripada enam dewan tayangan kepada 10.