MyKad Baru Keluaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

MyKad Baru Keluaran Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Mykad baru 2012 akan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mulai 3 Januari 2012 yang mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini secara berperingkat.

Pengeluaran MyKad baru akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di JPN Putrajaya dan JPN Shah Alam, Selangor, sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara selepas 15 Februari 2012.Orang ramai digalak menukarkan kepada MyKad baru itu tetapi ia bukan wajib.

Antara Kelebihan MYKAD Baru 2012 Ialah :-

  • MyKad yang berstruktur baru memiliki reka bentuk dan ciri-ciri keselamatan seperti diperbuat daripada bahan polikarbonat yang lebih bertahan dan menggunakan cip baru yang lebih bertahan.

  • MyKad baru mempunyai “ghost image” yang menggunakan teknologi turisan laser pada permukaan kad bagi mengelakkan pemalsuan berlaku

  • Ia juga tidak mudah rosak dan dapat mengatasi masalah berkaitan kualiti dan ketahanan MyKad termasuk kualiti cip yang sering dibangkitkan akhir-akhir ini.
  • MyKad baru disertakan dengan teknologi terkini dan ia memperkukuhkan daya lekatan antara lapisan cetakan dengan “overlay” dengan reka bentuk yang dipertingkatkan.